Jump to content

Elon Musk dinobatkan sebagai "Person of this year" oleh TIME


Belon
 Share

Recommended Posts

Elon Musk dinobatkan sebagai "Person of this year" oleh TIME.
 
elonmusk1.jpg

Ketika beliau mengambil alih TESLA pada tahun 2008, kereta elektrik berasaskan bateri litium merupakan aspirasi beliau. Pada tahun 2020, TESLA merupakan pengeluar kereta elektrik terbesar dengan jualan sebanyak 500,000 unit di seluruh dunia. Pada tahun 2019, TESLA telah pun menghasilkan trak pengangkut barang berasaskan tenaga elektrik.

SpaceX dibangunkan pada tahun 2002 kerana Musk terinspirasi dengan penjelajahan di Marikh ketika menyertai Persatuan Marikh (Mars Society). Kejayaan terbesar SpaceX setakat ini adalah menjadi syarikat persendirian pertama yang berjaya menghantar manusia ke orbit Bumi.

Peristiwa ini sebenarnya memicu penglibatan lebih ramai ke industri-industri angkasa yang bukan lagi milik kerajaan. Di masa hadapan, pelancongan dan hotel angkasa bukan lagi peristiwa fiksyen.

Neuralink dibangunkan oleh Musk pada tahun 2016 sebagai aspirasi untuk manusia pergi lebih jauh dalam evolusinya iaitu persepaduan manusia dengan mesin. Bagi Musk, ini merupakan salah satu cara untuk mengtasi kepintaran kecerdasan buatan (AI) di masa hadapan.

Monyet yang berjaya bermain permainan video hanya menggunakan otaknya sendiri merupakan kejayaan terbesar Neuralink. Teknologi ini sedang perlahan-lahan berkembang. Di masa hadapan, keupayaan telekinesis tidak mustahil lagi.

OpenAI dibangunkan pada tahun 2015 oleh Musk dengan sasaran untuk bangunkan Artificial General Intelligence. Amnya, AI yang bukan sahaja pintar satu tugasan, tetapi AI yang pintar kesemua jenis tugasan. Ibarat manusia, tetapi mesin dan lebih pintar daripada manusia. Musk berharap untuk hasilkan AI yang selamat dan memberikan manfaat kepada manusia.

Kejayaan terbesar OpenAI setakat ini adalah ia telah mampu menewaskan 5 vs 5 pemain profesional DoTA - permainan yang jauh lebih rumit daripada catur, Go dan pelbagai permainan papan lain.

SolarCity menjadi fokus kepada teknologi hijau iaitu penjanaan tenaga suria, Boring Company fokus pada sistem pengangkutan bandar dan PayPal fokus untuk sistem perbankan.

Rasa terinpirasi kerana Elon Musk menyentuh pelbagai aspek teknologi masa hadapan dan susah nak jumpa jutawan yang mempunyai aspirasi untuk memicu teknologi supaya berkembang lebih laju.

Zamir Mohyedin
16/12/2021

 

Link to comment
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
 Share

×
×
  • Create New...